1 February 2011

TIADA LAGI ALASAN

kesemua kita akhirnya akan dipertemukan dengan Allah juga pada hari yang telah ditetapkan olehNya, iaitu hari kiamat. berbahagialah bagi mereka yang sentiasa melakukan amal soleh dan taat pada perintah Allah selama kehidupannya di dunia. namun, bagi mereka yang lalai pula, pelbagai penyesalan yang timbul dalam hati dan pada waktu inilah baru mereka berasa menyesal serta bersungguh-sungguh bertaubat memohon ampun kepada Allah. bermacam-macam alasan pula yang diberikan untuk menyelamatkan diri daripada azab Allah. tetapi, ketahuilah bahawa pada hari tersebut, tiada lagi alasan yang dapat diberikan keran gagal beribadat kepada Allah ketika di dunia keran apa jua alasan sudah tidak diterima lagi.

ahli sufi, Al-Faqih Abu Laits berkata, pada hari berkenaan ada empat golongan manusia yang , mengemukakan pelbagai alasan ,mengapa mereka tidak beribadat kepada Allah ketika di dunia iaitu ; orang kaya, orang melarat, hamba abdi dan orang sakit.

1) golong pertama, golongan kaya mengemukakan alasan, "sesungguhnya aku adalah orang kaya. aku terlalu sibuk menguruskan hartaku sehingga tidak sempat untuk mengabdikan diri kepadaMu." maka Allah berfirman, "sesungguhnya, Nabi SUlaiman adalah seorang raja dari Timur ke Barat, tetapi beliau tidak derhaka terhadap TuhanNya. jadi alasanmu tidak diterima."

2) golongan kedua, orang melarat mengemukakan alasan bahawa kemiskinannya menghalangnya untuk beribadat kepada Allah. kemudian Allah berfirman, "benarkah kamu lebih melarat daripada Nabi Isa? kemelaratannya tidak menghalangnya daripada mengabdikan diri kepada Tuhan."

3) golongan ketiga, iaitu hamba abdi pula mengemukakan alasan terlalu sibuk melakukan kerja yang diarahkan majikannya, "Tuhanku, saya dulu seorang hamba dan deperlakukan macam budak suruhan hingga menghalangku daripada mengabdikan diri kepada Tuhan." namun, Allah membandingkannya dengan Nabi Yusuf yang tidak lupa mengabdikan diri kepada Tuhan walaupun pernah menjadi hamba.

4) golongan keempat, orang yang sakit tenat mengemukakan alasan tidak terdaya dan mendakwa penyakit menghalangnya daripada mengabdikan diri kepada Tuhan. lalu Allah berfirman yang bermaksud, "benarkah sakitmu lebih teruk daripada sakit yang dideritai Nabi Ayub? walaupun sakit teruk, Ayub tetap beribadat kepada Tuhannya."

nah! lihatlah bahawa pada hari kiamat nanti tiada seorang pun yang boleh mengemukakan alasan mengapa tidak mengabdikan diri kepada Allah selama hidup di dunia ini. sebenarnya, segalanya adalah pilihan kita sendiri bak kata pepatah, kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. ingatlah, dalam apa jua keadaan sekalipun, tanggungjawab kepada Allah tetap suatu kewajipan yang mesti dilangsaikan. janganlah tunggu sehingga pntu taubat tertutup atau ketika malaikat Izrail berada dihadapan kita barulah hendak bertaubat dan menyesal kerana pada waktu itu, segala penyesalan tidak berguna lagi.

AYUH!! kita gunakan peluang yang masih ada ini untuk menyediakan kehidupan yang bahagia di akhirat nanti. manfaatkan ruang dan peluang yang Allah berikan ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...