28 February 2011

TEST JPJ

hari yang mendebar-debarkan bakal tiba. usaha selama 2 bulan bakal menampakkan hasilnya. hasil yang baik ataupun hasil yang buruk, semuanya akan ditentukan esok...CUAK!! itulah perkataan yang paling sesuai ana sebutkan. bukannya apa..cuma takut tidak lulus...susah pula nak repeat test tu nanti. cukuplah setelah 2 bulan berulang alik dari institut memandu ke rumah. tak kanlah nak tambah lagi untuk beberapa minggu...harapnya, dapatlah lulus untuk test esok. dan harapnya ana dapat pegawai JPJ yang baik hati dan pemurah...

tadi senarai nama untuk pelajar yang ambil test esk sudah dikeluarkan. YaAllah...rupa-rupanya nama ana berada pada nombor 3 sesi pertama...kenapalah awal sangat.............kalau dapat nombor 10 ke..ok lah juga...aiyok!!! ini yang gabra ni.....huhu~ sudahlah kena guna litar baru yang baru je ana try 3 kali...litar lama sudah tidak digunakan kerana ada kerja baikpulih...adussss.....insyaAllah boleh...yosh!!

Ya Allah..tolonglah hambaMu ini...berila hambaMu ini lulus pada esok hari...

persiapan yang perlu dibuat :
1)persiapan mental dan fizikal (kalau mengantuk time bawa kereta esok..sah terus fail!!)
2)sediakan duit banyak-banyak (nak belanja pegawai JPJ makan aiskrim) hehee....ye je...x beranilah nak buat
3)bawa pewangi kereta yang harum (bagi pegawai JPJ rasa tenang dan seronok semasa di dalam kereta)
4)berlatih senyum dengan ikhlas dan manis (supaya pegawai JPJ senang hati dan terus memberi markah lulus)

APA NI??MENGARUT BETUL...

MY CAR!!! smart kan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...