andai dibanding sejuta permata
cebisanmu cukup menongkah segala
andai diberi segunung mutiara
butiran pasirmu lebih bermakna
retorik bukan lagi penghalang
nista mampu dikias mudah
satu frasa 1001 makna
tanpa kiasan itulah kau
yang bernama ILMU
sepinang air di kali
sudahku tahu jantan betinanya
namun, jika bukan keranamu
mungkin kemungkinan
memungkinkan kekhilafan
betapa indahnya bintang berjuta
namun gemerlapmu lebih terasa
jika ditafsir berbumbungkan angan-angan
tiada pernah globalisasi menjelma
itulah jurang kuasamu
nyatanya lebih dalam dari lautan bara
lebih sayup langit nan merah
sejuta warisan kejayaan terpamer
menongkah dinding-dinding gua
hinggalah kepantasan dunia IT
semua bermula hanya kerana sebenih ilmu
jika tidak masakan Andus
mampu mencorak dunia
mesopotamia melangkau masa
abbasiyyah cermin segala
dan Eropah membuka bicara pemajuan
tatkala Muhammad S.A.W. buta sinarmu
muncul Jibrail mengagungkanmu
Iqra', Iqra', Iqra'
lafaz penuh liku
memungkinkan Islam bertamadun
begitu besar nilaimu
hanya Tuhan tahu nilai sebenarmu
itulah lafaz penuh syahdu
bibitan cinta penuh bermadu
hanya kau
ILMU
(dipetik dari majalah sekolah SBPI Temerloh)

No comments:
Post a Comment